Thursday 18 February 2016

Pengalaman Camping di New Zealand

Salah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan semasa berada di NZ adalah pergi ber'camping'. Inilah rasanya cara yang paling baik untuk menikmati 'the lush and amazing scenery' di NZ - rumput-rampai yang hijau, bunyi ombak yang menderu-deru, kicauan burung dan unggas di waktu pagi, langit yang begitu biru sehingga tidak nampak garis pemisahnya dengan laut yang sayup-sayup pemandangannya, serta sejuta bintang di dada langit pada waktu malam. Tidak lupa juga waktu 'sunrise' dan 'sunset', dan semasa bulan mengambang, di mana kilauan cahaya matahari dan bulan terpancar sepanjang permukaan laut sehingga ke gigi air. Pastinya sedar seketika betapa kecilnya kita di bumi ini, dan betapa hebat ciptaanNya...

Gravel road - jalan berbatu, tidak bertar - dalam perjalanan ke Port Jackson campsite, Coromandel, NZ

Pemandangan dari tepi pantai berbatu, berlatarbelakangkan Lautan Pacific

Mungkin ada yang agak keberatan untuk pergi bercamping - tak panas ke siang-siang? Malam-malam sejuk kan? Toilet jauh lah! Tak ada Internet, taknak lah! Ataupun saya takut bugs! Secara jujurnya, kami pun sebegitu masa mula-mula sampai di NZ dulu! Tetapi setelah berulangkali diajak bercamping oleh kawan-kawan di sini, kami akhirnya terpaksa 'caved in to the incessant demands'. Rupa-rupanya memang betul-betul seronok! Siang-siang memang panas, tapi bila duduk atau baring di bawah pokok, bertemankan angin yang sepoi-sepoi bahasa, boleh terlelap jawapnya. Malam-malam tidak seberapa sejuk, kerana lazimnya orang pergi bercamping pada waktu summer. Temperature mungkin dalam 15 celcius pada waktu malam. Pleasant, macam tidur dengan aircond. Internet? Tak perlu. Bugs? Kami rasa kurang sangat bugs semasa di campsite. Nyamuk pun tak ada. Yang mungkin annoying adalah sand flies, tapi insect repellent kan ada. Lagi satu, di New Zealand tidak ada ular, sebab itu bukan native animal NZ. Serangga berbisa seperti lipan pun tidak ada - boleh baca artikel di sini:



Di mana tempat yang sesuai untuk bercamping di New Zealand? Ada beberapa pilihan sebenarnya:

1. Campsites di bawah seliaan DoC (Department of Conservation)

Kemudahan-kemudahan atau amenities yang disediakan di DoC campsites adalah amat basic - tandas awam, shower awam, sink dan paip untuk mencuci pinggan atau peralatan. Ada juga sesetengah campsite yang menyediakan common kitchen dan beberapa power points. Boleh digunakan untuk charge phone (yesss ..), tetapi oleh kerana sebilangan besar campsites terletak agak jauh dari kawasan bandar, mobile coverage agak limited. Kalau dapat, bagus juga kan. Kalau tidak ada coverage pun tidak mengapa, bukankan tujuan kita bercuti adalah untuk 'break away from the daily routine'?


Kami bersama kawan-kawan di Otamure Bay DoC Campsite, Whangarei, NZ.























Caj yang dikenakan untuk pengunjung-pengunjung DoC campsites adalah amat rendah. Baru-baru ini kami pergi bercamping di Port Jackson, Coromandel, dan caj semalam untuk dewasa adalah $10 NZD, manakala kanak-kanak $5 sahaja. Duit tersebut digunakan oleh DoC untuk menyelia campsites ground, rubbish disposal serta amenities. Sehari sekali, staf DoC akan datang membersihkan tandas menggunakan chemical. Setiap pengunjung diberi petak untuk memasang khemah - pitch tent kata orang sini. Luas sebenarnya petak yang diberi. Di situlah khemah akan didirikan, dan tempat letak kereta, serta tempat untuk memasak. Untuk berguling-guling bersama anak-anak, boleh menggunakan common area, asalkan tidak masuk ke petak orang lain.


Petak yang diallocatekan kepada kami di Otamure Bay. Muat untuk letak kereta di sebelah kiri, dan khemah.










Link untuk melayari dan booking Doc campsites adalah di sini:



2. Private holiday parks

Berlainan dengan DoC campsites, terdapat berbagai-bagai pilihan untuk accommodation di holiday parks - ada self-contained cabin, ada juga bilik-bilik yang menggunakan common bathrooms/toliet, caravan/campervan site dengan power points dan recharge/disposal area, serta kawasan lapang untuk memasang khemah. Ada juga yang menyediakan bouncy castle atau trampoline untuk kanak-kanak. Harganya pun berbeza-beza, mengikut jenis accommodation, dan semestinya lebih mahal dari DoC campsite. Banyak sebenarnya pengusaha holiday park di New Zealand - yang paling famous adalah Top 10 Holiday Park.

Kalau nak search & browse holiday parks di seluruh New Zealand, boleh kunjungi website di bawah:



Apa agaknya peralatan yang perlu dibawa untuk bercamping ya? Di sini ada checklist yang sangat simple:

1. Semestinya khemah! Kalau tidak ada khemah, kena tidur dalam keretalah jawapnya. Ada banyak design khemah di sini yang cantik-cantik. Yang besar-besar sampai boleh muat ramai sampai berbelas-belas orang pun ada. Brand favourite kami adalah Kathmandu, kerana itulah khemah yang kami ada :). Company tersebut asalnya dari Christchurch, NZ, bukan dari Nepal. Khemah kami ada 3 bilik, yang bilik tengah agak tinggi jadi kami boleh berdiri di dalamnya untuk sembahyang atau untuk tukar baju.


Khemah kami yang berjenama Kathmandu. Di belakang kereta tu tandas awam, yang di belakang orang2 tu tempat shower.







Boleh layari websites di bawah untuk mencuci mata:






2. Peralatan memasak - portable stove, gas canister, periuk etc.

3. Insect repellent.

4. Sunblock cream.

5. Air mattress/inflatable mattress, atau camping bed. Jangan lupa bawak bantal ye.

6. Lanterns, torchlights & headlights. Kalau tak ada, bergelaplah kome. Semua ada di Kathmandu atau Torpedo7 stores.

7. Folding chair & tables.

8. Sports gear kalau ada - bawak frisbee, bola sepak, bola ragbi (wajib sebab NZ negara ragbi kan), bat kriket (sukan kedua NZ)

9. Yang paling penting the right attitude & the spirit of adventure!


Macamana cara-cara nak pasang khemah ye? Senang je:


Step 1:Bentangkan inner tent di atas tapak khemah.


Step 2: Masukkan tent poles mengikut colour code (bergantung kepada khemah). Kemudian, untuk memudahkan kerja-kerja memacakkan hujung poles ke atas tanah, seseorang perlu masuk ke dalam tent dan tolak bahagian tengah pole ke atas.

Step 3: Gunakan pegs untuk memacakkan inner tent di atas tanah. Akhir sekali, bentangkan tent fly (yang berwarna-warni tu) di atas inner tent. Gunakan pegs secukup rasa. Selamat mencuba.

Pengalaman bercamping adalah sesungguhnya sesuatu yang unik. Perasaan 'blending into nature' yang dialami ini tidak mungkin dapat diperolehi jika kita menetap di hotel, motel atau holiday house. Di samping itu, masa kita dapat dipenuhi dengan melayan kerenah anak-anak, memasak dan makan beramai-ramai, catch up dengan rakan-rakan, mandi laut, memancing, serta mengambil 'a step back' untuk melihat dunia ini dari perspektif yang berbeza. Inilah salah satu aktiviti yang highly recommended kepada sesiapa yang berkunjung ke New Zealand. We make our own memories kan, so might as well make it a good and enjoyable one!

Sweet memories...