Thursday 7 April 2016

Primary Education Untuk Anak-anak di New Zealand

Sekolah anak-anak kami - Waikowhai Primary School






 
 








Secara umumnya, NZ mempunyai sistem pendidikan yang amat bagus dan diiktiraf oleh berbagai organisasi sedunia. Mengikut assessment Human Development Index (HDI) 2015, yang dikeluarkan oleh United Nations (UN) dengan mengambilkira beberapa kriteria seperti life expectancy, pendapatan per kapita dan education index, ranking untuk NZ amat tinggi - NZ secara konsisten berada di dalam top 10 in the world.

Human Development Index (HDI) 2015

HDI jugalah yang digunakan untuk mengklasifikasikan setiap negara, sama ada termasuk dalam kumpulan developed countries, developing countries ataupun underdeveloped countries. Kalau ikutkan the latest report (2015), Malaysia masih ada beberapa takuk lagi sebelum boleh graduate ke negara maju.



Perbandingan
 
Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka-mereka yang critical tentang sistem pendidikan di NZ - contohnya topik-topik pembelajaran di sini dalam subjek Matematik tidaklah begitu mendalam seperti di Malaysia, jadi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah di Malaysia umumnya lebih berpengetahuan, Mathematically-speaking, jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar di NZ. Well, everyone's entitled to their own opinion, right? Ok, ini pula pandangan saya, yang hanya bernilai 2 sen kerana saya sesungguhnya tidak berapa arif dalam aspek bidang pendidikan ini. Jika dibandingkan dengan pengalaman saya dahulu ketika belajar di SRK Taman Keramat dan Sekolah Alam Shah di Malaysia, saya lihat pembelajaran di NZ ini adalah less intense, tetapi lebih holistic, compared to Malaysia. Saya perlu tekankan di sini bahawa perbandingan ini adalah snapshot dari memori semasa menjadi pelajar di dalam sistem pendidikan kebangsaan dahulu, dan pengamatan saya tentang sistem pendidikan terkini di NZ. Pokoknya, things might have changed now in Malaysia, so I stand corrected.

Less intense tetapi lebih holistic. Di sini assessment yang dilakukan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah (itu sahaja yang saya tahu sebab anak-anak kami kesemuanya di sekolah rendah NZ) meliputi banyak aspek, termasuk kompetensi ketika berenang di swimming pool sekolah - hampir kesemua sekolah ada swimming pool masing-masing. Bukan setakat kompetensi menjawap soalan di atas kertas A4 sahaja. Guru-guru di sekolah anak-anak kami adalah firstly educators, dan mereka amat rapat dengan pelajar-pelajar masing-masing. Mana tidaknya, merekalah guru untuk setiap subjek - reading, writing, maths, arts, inquiry, swimming, PE - jadi ada bond yang amat istimewa di antara guru kelas dan pelajar-pelajarnya. Guru-guru di sini amat approachable, terserempak sahaja dengan mereka sama ada di dalam atau di luar sekolah, pasti kita akan berbalas senyuman dan bertanyakan khabar. Pernah juga saya lihat sewaktu hari terakhir persekolahan beberapa tahun lalu, setiap pelajar dipeluk dan diberi cenderamata oleh guru kelas. Cenderamata pun bukanlah yang mahal-mahal - kadang-kadang dapat pensil yang fancy-fancy sikit, ataupun buku nota kecil.


 
Sesi aerobik pagi-pagi atau di sini dipanggil 'jump jam'

Murid-murid di sini tidak membawa buku yang berat-berat ke sekolah - apa yang di bawa balik hanyalah reading log, yang mana ibubapa perlu memberi komen tentang reading experience anak-anak mereka. Setiap pelajar amat digalakkan untuk spend sekurang-kurangya 15 minit setiap malam, bersama ibubapa mereka, dengan membaca. Sesekali ada juga weekly homework untuk anak-anak yang berumur 7 tahun ke atas, dan latihan matematik yang dibuat secara online. Saiz kelas anak-anak kami, yang kini di sekolah rendah, amat kecil dari segi bilangan murid-muridnya. Lebih kurang ada 20 pelajar di dalam setiap kelas. Oleh kerana di NZ, anak-anak yang sudah berumur 5 tahun sudah boleh memasuki sekolah rendah pada hari lahirnya, room 1 (iaitu kelas untuk new entrants) di sekolah rendah tersebut hanya mempunyai 7 orang murid termasuk anak kami! Seronok juga kerana apabila bilangan muridnya kecil, guru-guru boleh memberi personal attention kepada setiap murid di dalam kelas tersebut.


Peruntukan education di NZ

Oh, bercakap tentang bilangan murid di setiap kelas di NZ, yang tidak berapa ramai (saya rasa lebih kurang 20-25 orang untuk setiap kelas, otherwise kalau lebih, mereka akan ditempatkan di kelas yang baru). Macamana boleh jadi begitu? Sebabnya adalah bilangan sekolah di NZ yang banyak, seperti cendawan yang baru tumbuh selepas hujan ataupun mesej WhatsApp anda apabila sudah berhari-hari tidak on WhatsApp. Dalam radius 3 km dari rumah kami sahaja, ada 8 buah sekolah rendah. Ini kerana kerajaan NZ, pada pengamatan saya, memperuntukkan jumlah yang besar untuk belanja pendidikan di NZ, jadi banyak sekolah dibina untuk memenuhi keperluan pendidikan di sini.

Di NZ, setiap sekolah mempunyai decile masing-masing (dari 1 hingga 10). Decile ini digunakan untuk melambangkan kedudukan sosio-ekonomi untuk penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan dengan sekolah tersebut. Jika penduduk-penduduk setempat itu tidak berada, maka decilenya kurang, jadi secara automatik lebih banyak peruntukan dari segi $$$ diberikan dari Ministry of Education kepada sekolah tersebut. Di bandar-bandar besar, apabila penduduknya kaya-kaya, maka decile sekolah-sekolahnya tinggi, jadi kurang $$$ yang sekolah-sekolah tersebut dapat dari MoE. Kesannya, lebih banyak ongkos yang perlu dikeluarkan oleh ibu bapa di sekolah-sekolah berdecile tinggi tersebut, untuk aktiviti-aktiviti seperti school trips. Sekolah-sekolah berdecile rendah mendapat subsidi yang banyak dari MoE jadi tidak banyak uang yang diminta dari ibubapa.

Setiap kelas yang pernah saya lawati di NZ banyak menggunakan teknologi untuk tujuan pendidikan, yelah, banyak duit kan dierang. iPad at least ada 7-8. Desktop yang mahal-mahal ada 2-3. Cikgu ada iMac. Saya pula jakun tengok Promethean Board seperti klip Youtube di bawah. Kesemuanya hasil dari subsidi yang banyak dari kerajaan NZ. Bertuah betul budak-budak sekarang dengan teknologi yang anggun & canggih di dalam kelas masing-masing.





 
Autistic or special needs students support

Setiap kelas di sekolah rendah anak-anak kami mempunyai 2 guru - seorang guru utama dan seorang lagi penolongnya atau teacher aide. Teacher aide ini lazimnya juga merupakan special needs teacher. Sesetengah pelajar yang memerlukan lebih attention di sekolah, seperti mereka yang autistic, akan diuruskan oleh special needs teacher tersebut, jadi pelajar-pelajar tersebut masih boleh menghadiri mainstream school dan seterusnya tidak ketinggalan dari segi pendidikan mereka.

Special needs teacher bukanlah available di kesemua sekolah - ada juga sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bilangan teacher aides yang cukup, rujuk artikel tahun 2015 di bawah:

Beberapa highlights dari artikel di atas:

"The demand for special education is exceeding resources, with the numbers of children in at least three services higher than expected last year, and predicted to keep growing. Increased rates of neurodevelopmental disorders like autism and fetal alcohol syndrome, and babies surviving complicated births, is partially driving the growth."

"New Zealand's inclusive education policy means that most special needs children are integrated locally, meaning any lack of resourcing has the potential to affect all students in a class with high-needs kids. Some schools are still turning special needs children away, while others only allow children to attend if a teacher aide is present. This is illegal."

"The situation has improved - a 2015 Ero report found 78 per cent of schools were "mostly inclusive" - however only half of those were effective in promoting achievement in special education. New Zealand Disability Support Network head Garth Bennie said this was despite New Zealand comparing well internationally in special education spending."


Saya rasa New Zealand's inclusive education policy di atas amatlah bagus. Kita tidak mahukan pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan di sekolah, disebabkan autism atau condition-condition lain, untuk dipinggirkan dari sistem pendidikan mainstream. Bukan semua ibubapa mampu untuk menggaji private teachers untuk anak-anak mereka. Satu lagi aspek yang bagus, apabila pelajar-pelajar tersebut diminglekan dengan pelajar-pelajar lain, adalah awareness berkenaan syndrome atau medical condition yang mereka alami. Anak-anak bersindrom tersebut bukanlah outcast - jika mereka mendapat bimbingan dan bantuan yang betul di peringkat sekolah lagi, sudah pasti mereka mempunyai peluang untuk mendapat masa depan yang cerah.
  
Class environment yang conducive amat penting!




 
 













Reading, writing, maths dan ESOL support

Sekolah anak-anak kami juga menyediakan beberapa support classes (yang dijalankan semasa waktu persekolahan) bagi pelajar-pelajar yang memerlukan extra help dalam subjek-subjek tertentu. Kebiasaannya, guru kelas akan mengenalpasti pelajar-pelajarnya yang perlu mendapat bantuan, dan seterusnya kelas-kelas extra tersebut akan dikendalikan oleh guru lain yang specialized untuk subjek-subjek tersebut. ESOL maksudnya English for Speakers of Other Languages - jadi jika anak-anak anda kurang mahir di dalam penggunaan Bahasa Inggeris, anda tidak perlu risau kerana ada support system yang sungguh efisien di peringkat sekolah lagi. Kesemuanya ini dapat dilakukan hasil dari funding dari MoE. Anyway, kanak-kanak amat cepat untuk memahirkan diri mereka dengan Bahasa Inggeris, hasil dari pengaruh dari surroundings dan mungkin juga dari YouTube, jadi jangan terkejut jika mereka sudah bercakap English dengan slang NZ setelah beberapa minggu sahaja mereka berada di NZ!