Sunday 31 January 2016

Pasar Malam di New Zealand

Siapa kata New Zealand tidak ada pasar malam?



Hari-hari ada pasar malam di sekitar Auckland! Semestinya tidak sebanyak di Malaysia kan - di sana sini orang ramai berbondong-bondong membeli ayam percik, nasi kerabu, burger special, kuay teow goreng RM1.50 (kalau masih ada), apam balik, murtabak, putu piring ....

(Ok, dah lap air liur yang tadi dah mula meleleh?). Walau bagaimanapun, makanan2 di atas tidaklah semuanya available di Auckland. Yang pastinya, rindu pada makanan Malaysia terubat juga tiapkali kami berkunjung ke pasar malam di sini.

Pasar yang selalu kami kunjungi adalah di Pakuranga. Tidak berapa jauh dari Auckland CBD sebenarnya, kalau ikut highway dalam 20 minit. Rujuk kepada gambar di atas - ia diadakan setiap hari Sabtu 6-12pm di bawah The Warehouse Pakuranga.

Sebelum berkunjung ke pasar malam tersebut, kami singgah untuk solat di Masjid Abu Bakr Al Siddiq yang hanya terletak bertentangan dengan The Warehouse. Convenient kan? Tidak sukar untuk mencari tempat beribadat di Auckland khasnya. Kalau tidak jumpa masjid/islamic centre pun, boleh ambil wuduk di tandas awam dan sembahyang di playground/park ataupun di tepi kereta. Masjidnya agak luas dan juga ada tempat sembahyang untuk Muslimah.

Masjid Abu Bakr bertentangan The Warehouse di alamat 5 Cortina Place, Pakuranga


Berbagai-bagai jenis makanan boleh dijumpai di pasar malam Pakuranga, selari dengan status 'melting pot' Auckland. Pernah saya baca satu artikel yang mana 'diversity' atau kepelbagaian kaum di Auckland lebih hebat dari di London atau di New York! Di pasar malam ini ada gerai makanan Malaysia (Nasi Lemak, Satay), Thailand (Pad Thai),  Mexico (Tacos/Quesadillas/Burritos/Churros), French (Crepes), India (Curry), Mediterranean (Kebab), Spanish (Paella), Chinese (Dumplings) dan banyak lagi.

Gerai French Crepes

Ada lebih kurang 4 atau 5 gerai di sini yang menyediakan makanan halal. Gerai favourite kami adalah masakan Thailand - $5 untuk Pad Thai/Mee Goreng yang sungguh berperisa dan sedap, serta $5 untuk 3 Chicken Wings yang semerbak baunya!


Gerai Thailand. Makcik gerai dari selatan Thailand khabarnya.


Gerai Kebab.





Ada juga gerai makanan Malaysia yang menjual Nasi Lemak dan Satay. Terkenal sungguh Malaysia dengan makanan2 tradisionalnya di New Zealand - seringkali penduduk di sini memberitahu saya yang mereka pernah berkunjung ke Malaysia dan menikmati aneka jenis makanan tempatan seperti nasi lemak, satay, rendang, karipap dan laksa. Harganya pun berpatutan.

Gerai Malaysian Satay

Banyak meja makan disediakan untuk pengunjung2 pasar malam menikmati juadah masing2. Kadangkala tempatnya amat crowded - tetapi seronok juga melihat gelagat pelbagai lapisan masyarakat di sini terutamanya anak2 kecil.

Pengunjung pasar malam Pakuranga

Kesimpulannya, kalau anda berada di Auckland pada malam Sabtu, semestinya pasar malam Pakuranga adalah tempat yang perlu anda kunjungi! 



No comments:

Post a Comment