Tuesday 29 March 2016

Cari Kerja di New Zealand





Heh, Thank God It's Monday (bukan TGIF macam yang kita selalu dengar). Suka benar diorang yang menari-nari tu dengan kerja diorang :).

Sebenarnya, amat penting impak pekerjaan kita kepada kehidupan, mood, kesihatan fizikal dan kesihatan minda kita seharian (sebab kadang-kadang kita ambil kerja kita sambil lewa kan?).




Mukadimah


Jika anda berhasrat untuk bermigrate ke New Zealand satu hari nanti, mungkin antara item-item pertama yang muncul di dalam checklist minda anda adalah untuk mencari kerja di New Zealand, untuk support diri sendiri dan keluarga. Akan tetapi, kalau anda datang ke NZ sebagai undergrad student on a scholarship, tak perlu risau sebab biasanya duit scholarship tu cukup - student kalau makan mi segera seminggu pun takde apa-apa kot, tapi kalau dah berumur and then buat macam tu silap-silap kena masuk spital. Walau bagaimanapun, kalau anda dah ada NZ Resident Visa, kemudian bila sampai di sini dan belum lagi mendapat kerja, anda dan keluarga layak untuk mendapat benefit (setengah orang paggil 'dole') dari kerajaan NZ. Tapi duit benefit tu pun cukup-cukup makan je, dan perlu diingat bahawa mana-mana kerajaan di dunia ini seboleh-bolehnya mahukan rakyat mereka berkerja, bukannya duduk di rumah dan mengutip duit benefit.

Which brings us to the next question. How easy or how hard it is?


Senang ke dapat kerja di NZ?


Pasti ramai yang tertanya-tanya, adakah mudah untuk mencari kerja di New Zealand? Soalan ini adalah sangat subjektif - jika soalan ini ditanyakan kepada orang ramai di NZ, tidak ada right or wrong, sebab itu bergantung kepada pengalaman masing-masing. Ada yang senang, ada yang susah. Pendek cerita, kalau tak dapat kerja straight away, maksudnya rezeki kerja tu tak sampai lagi - tabahkanlah hati, banyakkan berdoa, dan at the same time maybe boleh learn new skills atau buat kerja-kerja amal (volunteering) untuk membina jati diri serta networking dengan penduduk NZ.

Secara lahiriahnya, job market di NZ adalah berkali-kali ganda lebih kecil dari di Malaysia. Jumlah penduduk di NZ adalah seramai 4.5 juta orang (bersama 30 juta kambing biri-biri dan 6 juta lembu), manakala jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 30 juta orang. 4.5 vs 30, lebih kurang 7 kali ganda kecilnya NZ dari segi bilangan penduduk. Apabila bilangan penduduk itu sedikit, sudah pasti infrastructure dan service yang disediakan adalah jauh lebih kecil, maksudnya hanya cukup untuk menampung 4.5 juta orang tersebut. Kesannya, bilangan syarikat-syarikat perniagaan, kedai-kedai dan agensi-agensi kerajaan di NZ tidaklah sebanyak di Malaysia. Kesimpulannya, pencarian kerja di NZ adalah lebih challenging jika dibandingkan dengan di Malaysia. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ketika saya browse kerja-kerja kosong di dalam bidang IT Networking & Telecommunications di Malaysia, menggunakan Jobstreet beberapa tahun lalu, ada banyak 'search results' untuk kriteria yang saya masukkan - sekurang-kurangnya ada lebih kurang 30 vacancies untuk recent job advertisements. Di NZ, agak sukar untuk mendapatkan job yang matching dengan experience, qualifications dan salary expectations kita - secara puratanya hanya ada 10 matches untuk job vacancies yang mana saya betul-betul interested di website Seek (job portal utama di NZ). Tapi, ingat, rezeki kan, kalau ada takkan ke mana, jangankan ke Kemboja, ke Ethiopia ku ikut kamu pun boleh dapat kerja kalau dah ditakdirkan.





Job portals di NZ


Ok, cerita pasal Jobstreet dan Cik LiNa yang menjadi idaman ramai jejaka di Malaysia - di NZ, the equivalent untuk Jobstreet adalah Seek NZ.


Sepertimana yang telah saya katakan, Seek NZ adalah job portal terbesar di NZ. Lebih banyak jawatan kosong yang diiklankan di sini jika dibandingkan dengan website lain. Interface Seek pula amatlah mudah, anda hanya perlu memasukkan 'keyword' untuk jawatan yang anda inginkan (contohnya 'Six-pack Male Model' atau 'Professional Selfie Photographer'), klik dan voila! Ada juga capability untuk anda meletakkan filter kepada search results, sama ada berdasarkan job category, job nature (full/part time), location ataupun salary expectation. Mudah betul! Sebut pasal mudah.my, hmmm di NZ ada website jual beli yang jauh lebih reliable dan super cool, iaitu TradeMe.co.nz. Oh how convenient, job portal kedua yang akan saya explain di bawah adalah TradeMe Jobs...

Ada juga option untuk anda upload CV anda di dalam Seek, untuk dibaca oleh syarikat-syarikat di sini. Saya syorkan agar anda berbuat demikian. Salah seorang kawan kami berjaya mendapatkan kerja di NZ melalui cara ini, rezeki beliau kan. InsyaAllah jika qualification dan experience kita match dengan job requirements, maka recruiter akan cuba menghubungi kita melalui email ataupun telefon.



TradeMe.co.nz adalah portal jual beli dan Internet-auction website yang terunggul di NZ, dan saya rasa di seluruh dunia, berdasarkan pengalaman saya yang sungguh cetek ini. Ciri-ciri portal jual beli yang paling penting di sini adalah trust. Barang-barang yang dilelong di sini amat genuine - pendek kata kita tidak perlu risau ditipu, kerana ada feedback system yang sungguh efficient serta aspek legal. Kalau kita dah bid, maksudnya membuat offer untuk beli barang yang dilelong pada harga yang kita tetapkan, maka kita dah legally-bound untuk membeli barang tersebut! Salah satu cabang website ini adalah TradeMe Jobs. Job search interfacenya kurang sedikit kalau dibandingkan dengan Seek, tetapi one thing for sure, video Youtube yang diorang buat di atas tersangatlah cool. Ini dia videonya one more time: *giggling sekali lagi*
 


- Indeed NZ

Ok, ini juga salah satu job portal yang pernah saya gunakan sewaktu mencari kerja di NZ. Indeed ni US mali, macam monster.com, dan company ni dah expand ke seluruh dunia sehingga ke NZ. Kadang-kadang search results yang diberikan boleh tahan juga. Saya rasa indeed punya search algorithm ni lebih powerful dari mana-mana website lain, cuma realitinya, syarikat-syarikat di NZ purposely advertise job vacancies di Seek atau TradeMe, manakala indeed depends on their crawling capability (dari job portals atau career website dari company) untuk mendapat entry di website mereka.


- Career websites

Ini bukanlah job portal per se, tapi perlu diingatkan di sini bahawa tidak semua syarikat-syarikat NZ menggunakan perkhidmatan Seek atau TradeMe untuk mengiklankan jawatan kosong. So apa yang pernah saya buat ketika mencari kerja di NZ di dalam bidang telekomunikasi dan rangkaian dahulu, saya buat satu list yang mengandungi URL career website untuk syarikat-syarikat utama di NZ, iaitu Telecom NZ, Vodafone NZ, Chorus, 2Degrees, Sky TV, Orcon, Kordia dan banyak lagi. Lepas tu dalam 2 atau 3 hari sekali, saya check websites tersebut, dengan harapan bahawa ada new job advertisements. Memang terbukti bahawa ada jawatan-jawatan yang hanya diiiklankan di bawah career website company tersebut. Kesimpulannya, Seek mungkin hanya mengandungi 99% of job advertisements di NZ, manakala baki 1% tidak diiklankan di mana-mana job portal. Mungkin rezeki anda adalah di dalam the 1% kan, siapa tahu...


Recruitment Agency


Salah satu benda yang particular berkenaan job market di NZ ini adalah sebilangan besar jawatan-jawatan kosong diiklankan melalui recruitment agencies, atau head hunter. Saya kurang pasti tentang situasi di Malaysia sekarang, tetapi saya rasa di Malaysia terbalik - the majority of jawatan kosong still diiklankan terus oleh syarikat-syarikat terbabit. Untuk merumitkan keadaan, kadang-kadang jawatan kosong yang sama diiklankan serentak oleh recruiting agency dan syarikat tersebut! Dalam kes ini, saya biasanya akan apply ke kedua-dua iklan tersebut - no harm done. Realitinya, setiap recruting agency akan mengemukakan calon mereka yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan di client-client (syarikat-syarikat) mereka. Tetapi, perlu diingat bahawa relationship antara recruiting agencies dan client mereka ni ada berbagai jenis - ada yang dapat exclusive right untuk mengemukakan calon mereka, dan ada juga yang free-for-all, maksudnya client itu akan memilih calon yang terbaik di antara calon-calon yang dikemukakan dari pelbagai recruting agencies. Confused dah? Senang cerita, analoginya macam bila kita nak jual rumah - kita boleh appoint real estate agent yang ada exclusive right (maksudnya diorang sahaja yang boleh jual rumah tersebut), ataupun general right (maksudnya mana-mana agent boleh jual rumah tersebut).

Recruitment agencies yang utama di NZ adalah seperti berikut. Anda boleh juga membuat carian di laman sesawang mereka di bawah:

Beyond Recruitment

Absolute IT

Alpha Recruitment

Hays

Comspek

Robert Walters


Build your own network!


Seperkara lagi yang saya perlu nyatakan di sini - di NZ (dan juga di mana-mana negara dewasa kini), banyak jawatan kosong yang diisi melalui reference dan networking. Sometimes it's not what you know, it's who you know. Kalau anda kenal dengan sesiapa yang bekerja di NZ - kalau yang dah level manager ke atas tu lagi besarlah cable anda - maka gunakanlah connection anda itu sebaik mungkin. Proses recruitment di NZ agak rumit dan cumbersome, from the recruiting company's point of view. Job advertisement sahaja dah makan masa sebulan, kemudian nak buat triage untuk calon-calon yang interview-worthy, kemudian nak conduct interview 1st round, 2nd round, kemudian nak sign contract and tunggu the new employee serve their notice period. Rasanya kurang-kurang pun akan ambil masa 4 bulan sebelum the new employee menjejak kaki di ofis baru. Jadi banyak company yang prefer kalau ada calon yang bagus, yang direferkan oleh internal people, jadi boleh shorten the whole process. Nasihat saya, gunakanlah LinkedIn sebaik mungkin - bina rangkaian ultra high-speed broadband anda dengan rakan sekerja, rakan sekolah, boss, ex-boss, client, vendor - mana tahu, ada di antara mereka yang kenal atau baik dengan recruiting manager di NZ, jadi anda boleh mendapat headstart dari calon-calon lain. Race on!


NZ experience, reference and volunteering


Realitinya, ketiadaaan NZ experience merupakan reason of rejection utama yang diberikan oleh syarikat-syarikat kepada sesetengah calon yang memohon. Ini disebabkan oleh daya tarikan NZ yang besar ataupun NZ's attractiveness - ramai manusia di muka bumi ini berbondong-bondong menghantar application kepada apa jua jawatan kosong yang ditawarkan di NZ. Jadi, mereka yang mempunyai apa sahaja experience bekerja di NZ ini secara umumnya mendapat kelebihan yang amat ketara.

Kalau baru je sampai di NZ, ataupun apply jawatan kosong di NZ dari Malaysia, sudah pasti tak ada NZ experience kan? Dalam kes ini, salah satu option untuk mereka yang telah tiba di NZ ini adalah untuk membuat kerja volunteer, sementara menunggu mendapat panggilan interview kerja. Salah satu website yang boleh dilawati adalah Seek Volunteer https://seekvolunteer.co.nz/, ataupun anda boleh Google 'Volunteer NZ' dan kemudian melayari websites yang menawarkan volunteer works. Percayalah, pengalaman itu akan menjadi entry yang sangat berguna di dalam CV anda. Tambahan pula, anda boleh mendapatkan persetujuan coordinator anda untuk menjadi reference di dalam CV nanti. Bayangkan anda menjadi recruiter di NZ ini, dan di hadapan anda ada 2 CV, salah satunya mempunyai reference yang 100% di Malaysia, manakala yang satu lagi ada nama orang tempatan NZ, jadi yang mana satu pilihan kalbu?


Format CV di NZ


Umumnya, CV di NZ ini agak pendek, jika dibandingkan dengan CV mengikut standard Malaysia. CV saya di NZ panjangnya 2 mukasurat setengah, di Malaysia ada 5 mukasurat. Orang NZ ni tak suka baca tulisan yang panjang-panjang, itu pengamatan saya. Malah kadangkala boss di tempat kerja pun mahukan report dalam bullet points sahaja - tak mahu ayat berbunga-bunga yang panjang berjela-jela. Jadi saya nasihatkan agar CV anda dibuat seringkas mungkin. Tidak perlu masukkan gambar di dalam CV, memadai dengan personal details, qualification, work experience, industry certification dan references.


Conclusion


Sebagai penutup majlis, anggaplah pengalaman mencari kerja di NZ ini seperti menaiki roller coaster - ada masanya di atas, maksudnya hati kita berbunga-bunga kerana dihubungi oleh recruiter ataupun mendapat scheduled interview melalui phone atau face-to-face - dan ada masanya di bawah, apabila mendapat rejection ataupun response yang lukewarm dari syarikat-syarikat yang kita apply. Tetapi bila habis sahaja roller coaster ride tu, kita rasa lega kan? Anyway, apa sahaja outcome dari proses pencarian kerja itu semestinya memberi manfaat kepada diri kita. Pokoknya, kita akan menjadi lebih aware dengan industry requirement di NZ khususnya, dan perangai recruiter secara amnya, yang semestinya membentuk jati diri kita agar menjadi manusia yang lebih berguna. Bak kata sesetengah orang - the biggest mistake that you could do is to stop trying!


Never Stop Starting - SparkNZ from altvfx on Vimeo.

3 comments:

  1. Assalamualaikum tuan..
    Mohon email add. Tuan krn saya mempunyai beberapa soalan yang ingin diajukan..tq

    ReplyDelete
  2. Ada kerja kosong tak di NZ? Sy sekarang ada di Auckland

    ReplyDelete