Tuesday 1 March 2016

Ingin Migrate ke New Zealand?

This might be New Zealand's new flag, subject to referendum


Disclaimer


Blog post ini bukan official advice untuk sesiapa yang ingin migrate ke New Zealand - hanya licensed immigration advisors yang affiliated dengan New Zealand Immigration Advisers Authority (www.iaa.govt.nz) yang layak berbuat demikian. Walau bagaimanapun, post ini bertujuan memberikan heads up berkenaan proses untuk apply visa ke NZ, dan juga untuk berkongsi pengalaman kami sendiri. Situasi setiap orang berbeza-beza, so masing-masing mempunyai pengalaman berhijrah ke NZ yang unik, dan proses berurusan dengan jabatan Immigration NZ pun berlainan. Untuk pengetahuan, kami mula-mula dahulu memasuki NZ dengan 3-year Work Visa (saya), 3-year Student Visa (isteri) dan 3-year Visitor Visa (anak-anak). Pada asalnya, kami tiada intention untuk stay permanently di NZ, tetapi setelah setahun kami membuat keputusan untuk apply NZ Residency.


Why migrate?


Anda ingin migrate ke New Zealand? Tak sayang ke kat Malaysia, family, saudara, kawan-kawan, jiran-jiran, boss, kawan tempat kerja, kawan sekolah dulu-dulu, kedai mamak, nasi lemak, KLCC, traffic jam, Astro Ria, Gegar Vaganza? Adalah sangat penting untuk kita sematkan dalam minda kita bahawa:

Migrate -- (leads to) --> Sacrifice
Migrate ----> New Beginning
Migrate ----> Hardship untuk memulakan hidup baru
...
...
...
...
(tetapi at one point minda kita akan jadi:)
Migrate ----> Appreciation of the different cultures
Migrate ----> Mind-refreshing - meet new people, help new migrants, share experiences
Migrate ----> Profoundly a life-changing decision for the better!


Memang semestinya banyak benda yang kita perlu let go, apabila kita berpindah ke negara orang. Tetapi at the same time, banyak lagi benda yang kita dapat di negara orang! Benda apa ya? Di NZ, kami dapat spend more time with each other in the family, dapat clean air and water, dapat langit yang biru, dapat tidur yang nyenyak, dapat boss yang sangat cool, dapat lari dari huru-hara politik, dan banyak lagi. Jadi terpulanglah kepada anda, whether nak jump into the boat & face the adventure atau tinggal di pesisiran dalam comfort zone. Kalau ikutkan saya, seperti kata pepatah Melayu, batu yang bergolek tak mengumpulkan lumut...


Nak apply visa yang mana satu?


Once anda dah decide untuk migrate ke NZ, anda perlu apply Resident Visa. Apa-apa hal pun, nak jejak kaki ke ke NZ memang memerlukan visa, hatta kumpulan rock Visa yang terkenal dengan lagu 'Untukmu Selamanya' pun kena apply visa untuk memasuki NZ. Ada bermacam-macam jenis NZ Visa yang sesuai dengan tujuan kita berada di NZ - sama ada kita nak study, kerja temporarily atau tinggal permanently, seperti link di bawah:

NZ Visa types


Visitor Visa


Kalau saja-saja nak melancong ke NZ pun kena ada visa ke? Sebenarnya tak perlu, kalau anda hanya akan stay di NZ tidak lebih dari 3 bulan. Ini kerana Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam senarai visa-waived countries. Inilah yang dikatakan orang visa-on-arrival, iaitu diberi semasa tiba di airport NZ. Merujuk kepada link di atas, ada 2 benda yang akan ditanya oleh pegawai NZ yang memeriksa passport nanti - return ticket ke negara asal, dan evidence of fund untuk menyara hidup selama berada di NZ. Return ticket adalah sangat penting, kerana mereka inginkan kepastian bahawa anda tiada intention untuk stay permanently atau overstay di NZ, yang sudah pastinya akan melanggar condition visitor visa-on-arrival yang akan diberi sama ada dalam bentuk cop/stamp di dalam passport, atau dalam bentuk elektronik (maksudnya tiada cop/stamp tetapi butiran anda dimasukkan ke dalam sistem NZ Immigration). Evidence of fund pula agak subjektif - so far untuk keluarga kami dan kawan-kawan yang datang sekejap-sekejap ni, mereka akan ditanya tujuan melawat NZ, serta di mana tempat tinggal di NZ - jadi kalau anda dah booking hotel/motel, boleh siap-siap print details - dan kalau akan menetap di rumah kawan-kawan atau family, anda perlu mengetahui alamat dan nombor telefon kawan/saudara di NZ.

Kalau anda ingin berada di NZ selama lebih dari 3 bulan, anda perlu apply Visitor Visa dari Malaysia. Tak boleh gunakan konsep visa-on-arrival dalam situasi sebegini. Untuk maklumat lebih lanjut, sama ada perlu atau tidak perlu apply, sila rujuk link di bawah:

Do you require a Visitor Visa?


Student Visa


Visa ni adalah untuk belajar di NZ, dari sekecil-kecil anak-anak yang memasuki Primary School (sekolah rendah) sehinggalah penuntut-penuntut di menara gading. Anak-anak anda yang telah berumur 5 tahun perlu ada Student Visa untuk register di sekolah rendah NZ. Biasanya pemegang Student Visa di universiti dibenarkan untuk bekerja selama tidak lebih dari 20 jam seminggu - jadi banyak di kalangan mereka yang bekerja part-time di university sebagai tutor ataupun lab assistant, dan juga di kedai runcit. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini ada juga student yang kami dengar dibenarkan bekerja full time iaitu 40 jam seminggu! Pokoknya, polisi-polisi dari NZ Immigration sentiasa berubah. Tambahan pula, banyak situasi yang diambilkira dari pihak Immigration NZ sebelum mereka menganugerahkan visa beserta condition masing-masing. Jadi, to be safe, anda perlu banyak berhubung dan bertanyakan soalan-soalan yang relevan kepada Visa Officer, semasa proses visa application nanti.


Work Visa


Ada 2 jenis Work Visa yang common - open Work Visa, yang mana pemegang boleh bekerja di mana-mana company di NZ, dan sponsored Work Visa, yang mana nama employer tercatat di dalam Work Visa itu sendiri. Duration Work Visa amat penting - pemegang Work Visa untuk tempoh lebih dari 2 tahun, layak untuk mendapat health funding di NZ, rujuk page ini untuk mengetahui eligibility criteria dan benefit yang akan diperolehi sekiranya anda eligible:

Publicly Funded Health in NZ
Work Visa holder eligibility

Salah satu health benefit yang sangat penting ialah free maternity care, di mana segala kos berkaitan maternity seperti pre-natal (scan etc), labour dan post-natal (midwife/bidan visits ke rumah) ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan NZ, dengan syarat salah seorang daripada suami atau isteri mesti mempunyai Work Visa yang durationnya lebih dari 2 tahun. Anak kami yang ketiga lahir di NZ di dalam situasi ini, di mana saya pada ketika itu memegang 3-year Work Visa, jadi kami tidak perlu membayar sesen pun untuk rawatan maternity tersebut! Maternity care ni memang spesel. Walau bagaimanapun, kalau sakit-sakit biasa, hanya Work Visa holder sahaja yang covered, manakala kos perubatan bagi students lazimnya dicover di bawah medical insurance (yang wajib diambil oleh pelajar luar semasa enrolment di university). Untuk anak-anak di bawah umur 13 tahun, kos perubatan secara umumnya ditanggung oleh kerajaan NZ.


Our visa experience


Untuk kami, pada asalnya isteri saya layak memohon Student Visa untuk tempoh 3 tahun, bagi tujuan membuat PhD di NZ. Jadi beliau adalah the principal applicant untuk the whole family. Saya pula memohon Work Visa under Family Stream untuk tempoh 3 tahun - sama seperti duration visa of the principal applicant. Di NZ, sebagai salah satu usaha untuk menarik pelajar-pelajar membuat PhD di sini, spouse kepada Student Visa holder layak untuk mendapat Work Visa bagi tempoh yang sama. Di sinilah kelebihan NZ, kerana kami dimaklumkan bahawa negara-negara lain menetapkan syarat bahawa 'a concrete job offer' diperlukan untuk memohon Work Visa. Jadi dalam situasi sebegitu, kalau tak ada kerja, macamana nak apply Work Visa? Kalau tak ada Work Visa, macamana nak apply kerja? Itulah Catch 22 namanya. Dipendekkan cerita, inilah visa-visa yang kami perolehi sebelum kami pertama kali sampai di NZ:

1. Isteri sebagai principal visa applicant - Student Visa (3 tahun)
2. Saya sebagai spouse kepada Student Visa holder di bawah Family Stream - Work Visa (3 tahun)
3. Anak-anak 2 orang sebagai dependants kepada Student Visa holder - Visitor Visa (3 tahun)

Kemudian, setelah setahun lebih kami berada di NZ, kami memutuskan untuk memohon Resident Visa, yang bakal membenarkan kami untuk tinggal di NZ on a permanent basis (melalui status Permanent Resident), maksudnya tiada expiry date seperti yang ada di dalam condition visa-visa yang lain.


Resident Visa (Route 1)


Ok, dah start pening? Tak apa, kalau betul-betul nak migrate ke NZ menggunakan Route 1 (maksudnya jalan official yang lazimnya digunakan), abaikan visa-visa yang saya nyatakan di atas. Concentrate dekat sini aje.

First step untuk apply Resident Visa adalah mengisi borang Expression of Interest, atau EoI. Boleh buat online di NZ immigration website. Biasanya pemohon akan apply under Skilled Migrant Category seperti link di bawah:

Skilled Migrant Category

Perkara yang paling penting di sini adalah points. Rujuk kepada link Points Indicator di dalam page di atas. Ada questionnaire yang perlu diisi, dan seterusnya points akan dikira mengikut academic qualification dan pengalaman bekerja anda. Jika points yang diperolehi lebih daripada 100, anda sudah boleh mengisi borang EoI secara online di sini (yang questionnaire di atas tadi hanya calculator/cobaan saja tau, bukan betul- betul), beserta bayarannya sebanyak $530 NZD melalui credit card. Caj dan fee yang dikenakan sebenarnya tertakluk kepada perubahan. Masa kami apply dahulu tahun 2012, tak silap saya bayaran EoI hanya sebanyak $440 NZD. Tak perlu submit apa-apa dokumen sokongan lain di peringkat EoI, kerana dokumen-dokumen itu hanya perlu disubmit di perimgkat yang seterusnya.

Points yang diberi adalah seperti di page berikut - Points Distribution.

Langkah seterusnya, apabila EoI sudah disubmit dengan points yang lebih dari 100, EoI tersebut akan dimasukkan ke dalam pool, yang mana sesetengah EoI akan dipilih oleh Immigration NZ mengikut kuota dan jumlah application semasa. Nasihat kami berkaitan points adalah seperti berikut - kalau boleh, jangan claim points yang terlampau rendah ataupun terlampau tinggi. Tak boleh rendah sangat kerana application dengan points yang tinggi akan diberi priority untuk di pick up dari dalam pool, jadi kalau points anda rendah, mungkin application anda tidak akan terpilih. Dari segi points yang terlampau tinggi pula e.g lebih dari 200, masalah mungkin akan timbul di langkah seterusnya, iaitu apabila anda submit borang-borang bersama supporting documents. Ini akan diceritakan nanti seterusnya. Tungguuuu...

Pemilik-pemilik EoI yang telah terpilih dari pool seterusnya akan mendapat ITA (Invitation to Apply) untuk NZ Residency dari Immigration NZ. Mereka akan menghantar pelbagai jenis borang yang perlu diisi dengan lengkap - inilah the mother of all applications yang pernah saya buat seumur hidup, sebab banyak betul maklumat, salinan dan pengesahan dokumen yang perlu dikemukakan. Tak lupa juga soalan-soalan di dalam sesetengah borang yang berulang-ulang atau redundant. Pernah saya dengar bahawa salah satu tujuan mereka menanyakan soalan-soalan yang berulang-ulang adalah sebagai 'sanity test' - kalau kita tak boleh cope dengan situasi tersebut, jadi kita mungkin tidak mempunyai kekuatan minda (ataupun sane enough) untuk menjadi NZ Resident! Medical check-up juga perlu dilakukan di klinik-klinik panel Immigration NZ. Kami dulu buat di PJ, masa apply Student-Work-visitor Visa, di Klinik Catterall Khoo And Raja Malek. Elok kalau buat di klinik yang ada radiologist on-site, jadi boleh buat X-ray sekaligus.

Seperkara yang perlu dinyatakan di sini adalah apa jua maklumat yang kita berikan semasa mengisi EoI (work experience, qualification etc) perlu dibuktikan semasa mengisi borang-borang susulan kepada ITA. Jadi kalau anda claim semasa EoI bahawa anda ada 8 tahun experience bekerja, anda perlu mengemukakan surat sokongan dari tempat kerja anda, bersama-sama letterhead syarikat, sebagai lampiran kepada borang-borang yang diisi. Hmm.. kalau kerja banyak-banyak tempat, macamana? Tak ada choice, kena ada surat dari semua tempat kerja. Kalau tak dapat contact HR tempat kerja dulu-dulu? Alamak, problemnya! Di sinilah mengapa kita perlu assess whether kita nak includekan kesemua experience bekerja kita sewaktu mengisi EoI atau tidak. Kalau rasanya susah nak dapat surat dari company yang dah lama kita bekerja dulu, saya rasa baik tak payah includekan dalam work experience kita, sebab nanti susah nak buktikan kepada Immigration NZ nanti. Saya dahulu sebenarnya dah bekerja di 4 company sepanjang 8 tahun bekerja di Malaysia, tapi saya hanya includekan tempoh bekerja di bawah company pertama sahaja (sebab company ke2 hingga ke4 tu kerja sekejap-sekejap sahaja). Jadi kesimpulannya saya claim 6 tahun pengalaman berkerja, instead of the actual 8 years. Masa tu juga saya tak ada salinan Masters degree saya, so saya claim ada Degree sahajalah. Tak salah bila kita buat begini. Jadi inilah sebab mengapa kita tak perlu letakkan bulat-bulat kesemua qualification dan work experience kita di dalam EoI. Pokoknya, kalau tak ada surat sokongan atau dokumen berkaitan, Immigration NZ tak iktiraf points yang kita claim.

As a conclusion, kalau points kita dalam 140-190 pun dah kira cukup baik lah tu. Higher points = more support documents. Takut nanti tak terprovide support documents, nanti kena frowned upon oleh Immigration NZ :)

So bila dah isi forms dan provide supporting documents yang tebal mak ai tu, kena submit jugak details credit card untuk bayaran application. Hah, bayar lagi? Mestilah, yang mula-mula tadi yang $530 NZD tu untuk EoI je cik abang oi. Fees untuk residency application lagi mahal dari EoI. Tengok kat link ni - Office and Fee Finder - untuk mengetahui fees terkini. Setakat awal tahun 2016 ni, untuk warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia dan berhasrat memohon NZ Residency, bayaran applicationnya adalah USD2,222. Dalam RM berapa, sendiri mau kiralah. Not surprisingly, there is indeed a price untuk dapatkan rights to stay permanently in other countries, dan juga untuk mendapatkan benefit dari segi elaun, health, subsidized education and so on. Pada saya, itu harga yang kami bayar untuk mendapatkan time with each other in the family, clean air and water, langit yang biru etc etc seperti yang dah saya terangkan mula-mula tadi. It's a small price to say to be honest - macamana kita nak quantifykan time? Can we buy time? Macamana nak make sure kita dapat kindness dari boss and the locals? Can we buy those? Memang tak boleh!

Ok, bila dah submit benda-benda tu, then the waiting game starts. Visa officer akan come back sekiranya application anda tidak lengkap, atau jika beliau memerlukan maklumat tambahan dari anda. Kalau everything dah lengkap, berapa lama perlu anda tunggu sehingga dapat the actual Resident Visa? Honestly tak ada fixed timeframe. Ada kawan kami yang everything settled selepas 3 months, ada juga yang kena tunggu sampai 6 bulan. Ada yang kena tunggu bertahun-tahun, tapi itu mungkin disebabkan maklumat yang tak lengkap, ataupun masalah dengan medical checkup sehingga terpaksa ada referrals.

Oh sebelum terlupa, once dah dapat confirmation yang anda dah dapat Resident Visa (dan setelah party all night long seperti Lionel Ritchie), ada juga Migrant Levy yang perlu dibayar. Semuanya ada dalam link Office and Fee Finder di atas. Hmm.. jadi keseluruhannya berapa kos yang perlu dibayar, dari EoI sehinggalah ke stage Migrant Levy? Tak larat den nak kira. Anda kena sum up EoI + Medical checkup + Application + Migrant Levy + Lain-lain (kos translation sijil beranak, buat passport baru, beli air masa tunggu passport siap, bayar parking etc etc). Tapi in the end, believe me, it's worth every penny!


{selingan} Lionel Richie = Legend


Last but not least, bila dah dapat Resident Visa, anda perlu menunggu selama 2 tahun sebelum boleh convert Resident Visa tersebut ke Permanent Resident (PR) Visa. Sepanjang 2 tahun itu pula, anda perlu berada di NZ selama at least half a year dalam masa setahun. Jadi kalau nak balik Malaysia sekejap-sekejap pun boleh, asalkan the total days spent di luar NZ dalam masa setahun tu tak lebih dari 182 hari. Once dah dapat PR, baru anda bebas buat apa sahaja - even boleh balik Malaysia bertahun-tahun and datang balik bila rindu kepada kambing biri-biri.


Study to Work (Route 2)


Hmm wondering whether ada cara lain untuk apply NZ Residency? Ada sebenarnya. Ramai juga yang buat sebegini - ambil course di mana-mana university atau private college di sini, lepas tu upon graduation, boleh apply Post-Study Work Visa, rujuk Study to Work category. Visa tersebut membolehkan anda untuk mencari kerja secara legal di NZ selama 12 bulan. Selepas dapat offer letter di sini, anda bolehlah proceed dengan Work Visa application yang boleh diberi sehingga maximum 3 tahun, ataupun apply NZ Residency. Lebih banyak steps untuk cara ini, tapi memang ramai pelajar seluruh dunia (terutamanya dari India & China) yang menggunakan kaedah ini untuk menjadi residen NZ.

Jika anda ingin mengikut route ini, anda perlu mengambil program pengajian yang menepati syarat-syarat yang dinyatakan di dalam link Study to Work di atas, iaitu
    - a programme of study that results in a qualification at level seven or above on the New Zealand Qualifications Framework (NZQF), and which you have studied towards for at least 30 weeks in New Zealand, or
    - a programme of study that results in at least one qualification at levels four to six on the NZQF, and which you have studied towards for at least 60 weeks in New Zealand, or
    - two programmes of study that result in at least two qualifications (at least one for each programme) at levels four to six on the NZQF. Each programme of study must also involve at least 30 weeks study in New Zealand (60 weeks in total) and your final qualification must be at a higher level than the first.


Silver Fern Visa (Route 3)


Visa jenis Silver Fern ini memang dikhaskan kepada sesiapa yang ingin mencari kerja di NZ. Kalau anda dah jelak dengan perangai boss ataupun politik di ofis yang memualkan, sesuwei betul Silver Fern Visa ni untuk anda. Akan tetapi, ada beberapa condition yang perlu dipenuhi, di antaranya ialah visa ini hanya layak dipohon oleh sesiapa yang berumur 20 hingga 35 tahun sahaja. Objektif visa ini adalah untuk menarik orang-orang muda yang ada qualification untuk bekerja di NZ. Ada tempoh-tempoh tertentu di mana visa ini dibuka, dan juga kuota untuk allocation visa ini. Sila rujuk link di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut:

Silver Fern Job Search Visa


Macamana dengan Working Holiday Visa?


Tak sama dengan Silver Fern Visa ya! Working Holiday Visa ini hanyalah untuk mereka-mereka yang ingin datang sekejap ke NZ dan bekerja on a casual basis, contohnya memetik buah strawberry/epal/kiwi/peach/cherry dari ladang. Anda boleh memohon visa ini sekiranya anda berumur di antara 18 hingga 30 tahun. Perlu ditekankan di sini bahawa pemegang Working Holiday Visa ini sepatutnya mempunyai primary intention untuk bercuti sambil bekerja di New Zealand, dan bukannya untuk mencari kerja secara permanent (dalam kes sebegini, Silver Fern Visa lebih sesuai). Rujuk link di bawah:

Working Holiday Visa


Itulah dia sedikit maklumat tentang proses untuk berhijrah ke NZ. InshaAllah, rezeki kita semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Pasanglah niat yang lurus hanya kerana-Nya dan berusahalah ke arah cita-cita kita. Selamat mencuba dan semoga sukses selalu!

2 comments:

  1. Very nice and Valauble Information. To Get more information about Visa, Please visit us on Malaysia visa

    ReplyDelete
  2. T.kasih tuan..info berguna & lengkap. Saya umur 59. Sudah pencen. Nk apply visa apa entah? Klu boleh nk duduk permanent kat NZ

    ReplyDelete